Profil penulis kursus

En. Shaik Abdullah bin Hassan Mydin mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan selama 15 tahun. Beliau menerima Ijazah Sarjana Tamadun Islam dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga mendapat Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan dan Diploma Bimbangan dan Kaunseling Islam Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam. Beliau menjadi seorang ustaz yang mengajar al-Quran dan sirah di sekolah agama rakyat sebelum menjadi pensyarah di IPTS. Sekarang beliau adalah seorang pensyarah universiti untuk kursus Tamadun Islam dan Asia serta Perhubungan Etnik di Pusat Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia.

Beliau telah mengajar Pengajian Islam sejak subjek Mata Pelajaran Wajib diperkenalkan pada Januari 1999. Di samping itu, En. Shaik Abdullah juga mengajar subjek Pengajian Malaysia dan Pendidikan Moral. Kini, Shaik Abdullah turut dalam peringkat akhir menyiapkan disertasi untuk pengajian sarjana tinggi dalam bidang Tamadun Islam– Kajian Penghayatan Din al-Islam dalam Sistem Pendidikan Islam di SMKA di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Comments are closed.