70 Zaman Bani Umaiyah (41– 64H/661 – 750M)

Zaman Bani Umaiyah (41 – 64H/661 – 750M)

Seni bina Islam telah menampakkan kematangannya pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Masjid-masjid yang dibina bukan sekadar mempunyai menara, mihrab dan sebagainya, malah setiap satu identiti seni bina Islam itu mengalami perubahan besar.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah jugalah kubah diperkenalkan dan ia menjadi salah satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (65H – 86H). Sejarah turut menyatakan bahawa Khalifah al-Walid (705 – 715M) merupakan khalifah pertama memasukkan unsur menara dalam pembinaan masjid. Keindahan seni bina Islam kian meningkat lagi apabila ukiran dan khat yang dapat menimbulkan keimanan kepada Allah s.w.t. disertakan pada setiap kubah yang dibina di dalam masjid.

 

Sumber: http://taimiyyah.blogspot.com/2004_08_01_archive.html

 

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Qubbat_As-Sakhrah

 

Gambar di atas merupakan masjid-masjid yang dibina semasa zaman Bani Umaiyah. Arca, maqsurah (arked) dan bentuk-bentuk gambar rajah yang indah juga telah mula diperkenalkan oleh seni bina Islam pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Hal yang demikian bukan sahaja terdapat pada masjid tetapi juga pada bangunanbangunan lain seperti istana-istana khalifah Bani Umaiyah. Namun, dalam seni ukiran dan seni bina Islam, tiada ukiran lukisan yang mempunyai bentuk seperti manusia, binatang dan sebagainya kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai akidah Islamiah. Kerajaan Bani Umaiyah turut membina kota. Pembinaan kota bertujuan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh contohnya kota Damsyik. Terdapat juga pembinaan sebuah bandar semasa kerajaan Bani Umaiyah yang dikenali
sebagai bandar Wasit. Penubuhan bandar ini ialah untuk melindungi daripada segala ancaman penentangan yang berlaku.