83 Zaman Bani Abbasiyah

Zaman Bani Abbasiyyah

Hasil seni kesusasteraan pada zaman ini juga tidak dapat lari daripada ikatan suasana sosiopolitik pada masa itu. Pada zaman ini, suasana sosiopolitik sedang meruncing kerana berlakunya banyak pemberontakan yang berasaskan perkauman dan bangsa, maka sebahagian genre sastera turut terpalit dengan senario ini. Dengan ini lahirlah umpamanya puisi-puisi yang bertemakan suasana perbandaran di Baghdad dan kota raya yang lain. Pada masa ini juga pengaruh kesusasteraan Parsi mula meresapi kesusasteraan Arab.

Selain itu, karya sastera dalam bentuk prosa khususnya hasil-hasil karya dalam bentuk novel dan buku-buku ilmiah berkembang dengan pesat. Sebahagian besarnya adalah kerana hasil galakan pemerintah Bani Abbasiyah. Pemerintah telah membina Bait al-Hikmah yang menjadi pusat tumpuan golongan cerdik pandai untuk mengembangkan potensi sastera mereka. Pada era inilah lahirnya karya-karya yang masih lagi masyhur di seluruh dunia sehingga ke hari ini seperti Kalilah wa Daminah oleh Ibn al-Muqaffa’, alf laylah wa laylah (Hikayat Seribu Satu Malam) dan lain-lain.

Kesimpulannya, seni kesusasteraan merupakan satu daripada cabang seni yang penting dalam Islam. Al-Qur’an merupakan sumber dan asas utama bagi seni sastera Islam. Kesusasteraan Islam mula berkembang dari al-Qur’an dan ia
menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Islam terutamanya dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiyah. Namun begitu ia turut berubah dan terpalit dengan segala bentuk perubahan dan kerencaman suasana kehidupan sosiopolitik masyarakat Islam di sepanjang sejarah kehidupan mereka. Namun prinsipnya tetap kekal bahawa seni kesusasteraan adalah sesuatu yang mesti dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyuburkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Comments are closed.