39 Unsur-unsur jihad

Unsur-unsur jihad

Seperti yang dinyatakaan, jihad ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendaulatkan agama Allah s.w.t. dengan segala keupayaan. Jihad boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara:

1. Jihad dengan lisan

a. Jihad dengan lisan termasuk perkara amar makruf dan nahi mungkar.

b. Jihad dengan lisan meliputi:

i. Pelbagai usaha dakwah.

ii. Ceramah, ta’alim atau bimbingan-bimbingan untuk menghapuskan kejahilan umat terhadap Islam.

iii. Penulisan.

iv. Percetakan buku-buku dan risalah Islam.

v. Penglibatan di dalam bidang siyasah.

vi. Menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.

 

2. Jihad dengan tangan

Jihad dengan tangan adalah jihad dengan jiwa yang lebih khusus. Ia dikenali juga sebagai Jihad Qital atau jihad dengan peperangan senjata.

 

3. Jihad dengan harta

a. Unsur yang membantu, mengukuh dan memperluaskan jihad ialah jihad dengan harta benda.

b. Sanggup mengorbankan segala harta kekayaan yang ada ke jalan Allah s.w.t.

 

Aktiviti 1.14
Soalan kepada aktiviti 1.14

Comments are closed.