5 4.0 Tutorial — Memanfaatkan sesi tutorial

Untuk membantu anda dalam kursus ini, tutor yang dilantik akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan 5 sesi tutorial. Setiap tutorial diadakan dalam tempoh dua jam pada hujung minggu. Tujuan tutorial adalah untuk membantu anda dalam menganalisis kes-kes pembelajaran. Kes-kes pembelajaran adalah aspek penting dalam sesebuah kursus kerana ianya akan membantu anda mengaplikasikan konsep dan teori yang dipelajari dalam situasi yang praktikal. Sesi tutorial adalah sesi bersemuka di antara anda dan tutor supaya anda dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman di samping berkenalan dengan pelajar yang lain. Ini akan memberi manfaat kepada anda.

Nota: Fungsi sesi tutorial ini adalah untuk melengkapkan bahan pembelajaran, bukanlah untuk menggantikannya dengan bentuk kuliah. Di dalam kursus ini, matlamat utama pembelajaran adalah melalui bentuk cetakan – iaitu menerusi bahan pembelajaran yang disediakan oleh WOU, buku teks dan rujukan dalam talian (online).

 

Persediaan untuk tutorial

Untuk memanfaatkan sesi tutorial sepenuhnya, anda sepatutnya menyelesaikan pembacaan dan pelbagai aktiviti untuk topik yang telah anda pelajari. Anda juga perlu menyediakan jawapan untuk kajian kes yang diberikan supaya anda dapat menyertai perbincangan tutorial dengan lebih efektif lagi. Masa bagi perbincangan tutorial ini akan diperuntukkan dalam jadual pembelajaran.

 

Tutor

Tutor berperanan:

• Menjalankan kelas tutorial.

• Mengawal selia tugasan para pelajar.

• Bersedia pada masa yang ditetapkan dengan para pelajar untuk memberi rundingan sama ada melalui telefon atau secara online.

Tutor berperanan sebagai penghubung di antara pihak WOU dengan anda. Jika anda memerlukan sebarang maklumat atau ingin berbincang mengenai masalah yang dihadapi, sila berjumpa dengan tutor terlebih dahulu sebelum berbincang dengan Penyelaras Kursus.

 

Jadual pembelajaran

Bahan
kursus
Pembelajaran
kendiri
Tutorial Kerja
kursus
Penyelidikan
perpustakaan
Konsultasi
telefon
WawasanLearn Jumlah
masa
Panduan
Kursus
2 0 0 0 0 0 2
Unit 1 18 2 10 1 1 10 42
Unit 2 20 2 10 1 1 10 44
Unit 3 20 2 10 1 1 10 44
Unit 4 20 2 0 1 1 10 34
Unit 5 20 2 0 1 1 10 34
Jumlah
masa
100 10 30 5 5 50 200

 

Polisi kerja kursus

Polisi kerja kursus dinyatakan dalam Buku Panduan untuk pelajar (Student Handbook). Anda hendaklah memahami dan mematuhinya.Anda diminta menghantar kerja kursus bagi setiap kursus yang diambil pada waktu atau masa yang telah ditetapkan oleh Penyelaras Kursus.

 

Penyerahan secara online

Sila pastikan bahawa anda melampirkan fail yang betul untuk penyerahan secara online. Sekiranya anda melampirkan fail yang salah, anda boleh  memohon untuk penyerahan baru menerusi sistem penyerahan online (OAS). Permohonan anda tertakluk kepada kelulusan Penyelaras Kursus anda. Untuk menyerahkan Kerja Kursus anda secara online dan untuk pengetahuan lanjust, sila login https://assignment.wou.edu.my.

 

Permohonan untuk melanjutkan penyerahan kerja kursus

Anda boleh membuat permohonan menerusi sistem penyerahan online (OAS) sekiranya anda sakit, dilanda kemalangan atau atas sebab-sebab yang munasabah.  Permohonan untuk perlanjutan selama tujuh hari akan dipertimbangkan oleh tutor anda dan dia akan menasihati anda tarikh baru untuk menghantar kerja kursus anda. Anda harus memohon sebelum tarikh penyerahan kerja kursus anda. Untuk memohon dan maklumat lanjut, sila login https://assignment.wou.edu.my/onlineExtension.asp

 

Comments are closed.