140 Tujuan utama ekonomi menurut Islam

Tujuan utama ekonomi menurut Islam

1. Menunaikan sebahagian daripada tuntutan ibadat.

2. Menegakkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat –Atas dasar inilah Islam membenarkan jual beli serta mengharamkan riba dan penipuan.

3. Menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadaan guna tenaga penuh serta kadar perkembangan ekonomi yang optimum – Tujuan ekonomi Islam yang pertama ialah untuk menghapuskan masalah kemiskinan, kedua mewujudkan peluang pekerjaan yang penuh dan ketiga mengekalkan kadar pertumbuhan yang optimum sesuai menurut perkembangan kebendaan dan kerohanian.

4. Mewujudkan kestabilan barangan sejajar dengan nilai mata wang – Islam tidak menolak kemungkinan harga sesuatu barangan di pasaran meningkat atau dinaikkan kerana kekurangan sumber-sumber bahan ataupun kerana disebabkan bertambahnya permintaan. Dasar kenaikan harga yang disebabkan oleh permintaan hendaklah di atas dasar yang makruf dan munasabah, tidak bersifat mengongkong dan menyempitkan kehidupan masyarakat.

5. Mengekalkan keamanan dan kepatuhan terhadap undang-undang – Asas-asas ekonomi Islam bersandarkan kepada tuntutan iman dan akhlak serta penguatkuasaan undang-undang.

6. Mewujudkan keharmonian hubungan antarabangsa dan memastikan kekuatan pertahanan negara – Atas dasar ini Allah memerintahkan kaum Muslimin agar bersiap-sedia dengan apa sahaja kekuatan yang dapat menimbulkan rasa takut musuh terhadap mereka sesuai dengan firman-Nya dalam al-Qur’an yang bermaksud:

Dan siapkanlah untuk menhadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya.

(Surah al-Anfal: 60)