52 Tamadun Islam

Tamadun Islam

Takrifan tamadun Islam dapat difahami dengan jelas jika kita tinjau pelbagai jurus pandang tokoh-tokoh sarjana Islam dalam ilmu ketamadunan. Antara pandangan ilmiah tentang konsep tamadun Islam adalah seperti berikut:

 

1. Ibn Khaldun (732H – 808H)

Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.

 

2. Jurji Zaidan (1861 – 1941)

Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik
serta nyanyian.

 

3. Ismail al-Faruqi (1921 – 1986)

Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.

 

4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 – )

Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.

Comments are closed.