21 1.2 Sumber-sumber ajaran Islam

Objektif

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti sumber-sumber ajaran Islam.

2. Menerangkan tujuan al-Qur’an dan al-Sunnah dalam semua aspek kehidupan.

3. Mengenali ijtihad sebagai sumber ajaran Islam yang penting.

4. Membuktikan bahawa Islam adalah agama Allah s.w.t. yang lengkap dengan panduan hidup.

Pengenalan

Dalam bab ini, anda akan mengetahui dan memahami sumber-sumber utama ajaran Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah di samping sumber lain seperti ijtihad. Walaupun bab ini ditulis dengan ringkas dan padat, namun bab ini penting kerana setiap muslim atau mereka yang ingin mengetahui tentang Islam perlu mempunyai pengetahuan asas tentang sumber-sumber rujukan Islam.

Comments are closed.