137 4.3 Sistem ekonomi Islam

Objektif

Setelah anda mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan prinsip dan falsafah ekonomi serta kewangan Islam.

2. Mengenal pasti konsep asas ekonomi dan kewangan Islam.

3. Menyenaraikan institusi kewangan dan produk-produk yang diwujudkan.

 

Pengenalan

Ekonomi Islam ialah satu sistem ekonomi yang berbeza daripada sistem ekonomi kapitalis. Ekonomi Islam bererti semua urusan perekonomian adalah berdasarkan syariah dan berpaksikan tauhid. Ekonomi Islam berusaha untuk membentuk mengimbangi jasmani dan rohani umat Islam.

Dalam bab ini, anda akan mempelajari prinsip, konsep dan falsafah ekonomi Islam. Malah anda juga akan mengenal pasti asas-asas dan ciri-ciri sistem ekonomi Islam. Akhirnya anda akan berpeluang mengetahui tentang institusi kewangan yang terdiri daripada Baitul Mal, wakaf, perbankan, takaful dan gadaian. Selain itu, anda juga akan didedahkan kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mengikut prinsip syariah.