119 Sinopsis unit

Dalam Islam terdapat beberapa institusi yang penting seperti institusi ibadat, keluarga, masyarakat, pendidikan, perundangan dan kehakiman, pemerintahan dan pentadbiran, serta ekonomi dan kewangan. Anda harus memahami konsep kesemua institusi ini untuk mendapat gambaran jelas tentang institusi-institusi dalam Islam.

Pemahaman institusi-institusi dapat membantu anda mengetahui bahawa Islam bukanlah agama ritual tetapi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Dalam Unit 3 anda telah mengetahui bahawa institusi Islam terdiri daripada institusi ibadat, institusi keluarga, institusi masyarakat, dan institusi pendidikan. Dalam Unit 4 pula anda akan mempelajari tentang institusi pemerintahan dan pentadbiran, institusi perundangan dan kehakiman, serta institusi ekonomi dan kewangan.

Anda perlu memahami setiap institusi dengan teliti supaya anda dapat mengetahui bahawa institusi Islam juga tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan institusi yang berasaskan sistem Barat moden. Institusi Islam bukan sahaja berperanan menjaga hubungan manusia sesama manusia, tetapi juga hubungan dengan Allah s.w.t. Apabila hubungan manusia dan Allah s.w.t. dijaga, maka segala pencapaian institusi Islam akan mendapat pengiktirafan dan yang penting Allah s.w.t. meredai usaha murni manusia ke arah memakmurkan bumi.

Comments are closed.