90 Sinopsis unit

Dalam Unit 2, anda telah mempelajari tentang Islam dari segi peradaban dan tamadun. Anda seharusnya telah mengetahui perspektif Islam mengenai tamadun, seni dan budaya. Unit 3 akan membincangkan institusi dalam Islam. Unit ini dibahagikan kepada tiga bab iaitu bab 3.1, 3.2 dan 3.3. Bab 3.1 menjelaskan konsep, falsafah, skop dan kepentingan ibadat. Sementara bab 3.2 pula menfokuskan kepada pembinaan institusi keluarga dan pembentukan masyarakat. Bab 3.3 pula memberi penekanan pendidikan dari segi konsep, falsafah, institusi pendidikan serta peranan dan tanggungjawab masyarakat.

Topik tentang institusi Islam adalah topik penting dalam Pengajian Islam kerana topik ini akan memberi gambaran bahawa Islam mempunyai institusi yang tersendiri. Dalam Islam terdapat beberapa institusi yang penting seperti institusi ibadat, keluarga, masyarakat, pendidikan, perundangan, kehakiman, pemerintahan, ekonomi dan kewangan. Dalam usaha memahami institusi ini, anda perlu mempunyai pengetahuan tentang asas-asas Islam yang dibincangkan dalam unit sebelum ini.

Unit 3 akan membincangkan institusi Islam yang terdiri daripada institusi ibadat, keluarga, masyarakat serta pendidikan yang penting kepada anda untuk memahami Islam dalam konteks yang luas dan menyeluruh. Satu perkara yang penting dalam bab 3.1, anda dapat mengetahui bahawa segala perbuatan baik yang dilakukan untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. adalah satu ibadat. Sementara bab 3.2 pula membantu anda memahami keluarga dan masyarakat dalam konteks Islam. Akhirnya dalam bab 3.3, anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang pendidikan Islam daripada segi konsep dan falsafahnya, di samping memahami peranan masyarakat dalam menjana pendidikan Islam termasuk peranan anda sendiri.

 

Comments are closed.