45 Sinopsis unit

Dalam Unit 1, anda telah mengenali asas-asas, kandungan dan matlamat utama ajaran Islam serta konsep sebenar jihad. Kefahaman anda mengenai semua aspek itu akan mengukuhkan gambaran Islam sebagai satu cara hidup yang syumul atau menyeluruh. Unit 2 modul Pengajian Islam ini pula akan membincangkan Islam sebagai peradaban dan tamadun. Dengan memahami Islam sebagai peradaban dan tamadun, maka anda dapat mengetahui perspektif Islam dalam konteks tamadun, seni dan budaya.

Unit 2 ini dibahagikan kepada dua bab iatu bab 2.1 dan bab 2.2. Bab 2.1 menfokuskan topik tamadun dari sudut konsep, keunikan, faktor-faktor kejayaannya dan sumbangannya dalam pelbagai bidang ketamadunan manusia. Sementara bab 2.2 pula menyentuh tentang aspek tamadun iaitu kesenian dan manifestasi budaya.

Comments are closed.