73 Seni kaligrafi

Seni kaligrafi

Seni penulisan merupakan satu cabang seni yang sangat penting dalam Islam. Malah, kepentingannya mengatasi kepentingan cabang-cabang seni yang lain. Apabila al-Qur’an diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w., para sahabat menulis ayat-ayat al-Qur’an tersebut di kulit-kulit kering unta, tulang-belulang dan pelepah tamar untuk memeliharanya. Ayat-ayat al-Qur’an tersebut, selain dipelihara dalam dada para penghafaz (huffaz), turut dipelihara dalam bentuk tulisan melalui mashaf yang sampai ke tangan kita hari ini. Ini bermakna seni penulisan atau khat ini memainkan peranan penting dalam memelihara tunjang dan asas utama ajaran Islam iaitu al-Qur’an.

Penulisan kaligrafi yang indah mula menjadi perhiasan di masjid-masjid, rumahrumah dan tempat-tempat lain yang sesuai. Selain daripada bertujuan untuk menimbulkan rasa damai dan indah, tulisan-tulisan khat itu juga bertujuan untuk
sentiasa memastikan bahawa ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasul-Nya sentiasa diingati dan diamalkan. Seni khat mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa Islam kerana penggunaan huruf-huruf al-Qu’ran. Seni ini akhirnya terus berkembang menjadi satu seni yang unik dalam tradisi Islam. Tiada mana-mana agama dan tradisi manusia yang memiliki dan meletakkan seni kaligrafi pada tempat yang istimewa setanding dengan seni kaligrafi Islam.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Kaligrafi

 

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ‘seni khat’ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia menyaksikan kaligrafi Islam diubah suai dengan perubahan yang berlaku di sekelilingnya tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.

 

Tokoh-tokoh seni khat

Oleh kerana kedudukan dan perhatian istimewa yang diberikan oleh masyarakat Islam kepada cabang seni khat, maka seni ini berkembang dengan pesat. Oleh itu, lahirlah ramai tokoh penulis khat atau kaligrafi yang mempopularkan pelbagai jenis tulisan khat. Antaranya seperti berikut:

1. Al-Dhahaq bin Ijlan dan Qutabah yang memperkenalkan khat nasakh mulai abad 5M.

2. Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth.

3. Yusuf al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-riayasi.

4. Muhammad bin Muqalan seorang menteri Abbasiyah yang mahir dalam tulisan khat jenis al-duri.

5. Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam seni khat nasakh.

6. Muhamad al-Samsari dan Muhamad bin Asad telah memperbaiki tulisan khat nasakh dan al-tauqia’ah.

7. Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab) yang memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat.

8. Syeikh Jamaluddin Yaqut al-Mustakami yang merupakan seorang ahli khat yang handal di Baghdad.

Jenis-jenis tulisan khat

Seni khat mengandungi lapan model iaitu:

 

Aktiviti 2.10
Soalan kepada aktiviti 2.10 Cadangan jawapan untuk aktiviti 2.10

 

 

 

 

 

 

Seni khat tembikar dan arca

Seni khat di atas tembikar merupakan satu kemahiran yang istimewa dalam kalangan umat Islam di Iran dalam abad ke-9 dan ke-10M. Terdapat dua pusat utama iaitu Nisyapur dan Samarkand. Tembikar yang dihasilkan itu amat bermutu tinggi. Ianya berwarna putih gading yang ditulis dengan khat kufi berwarna hitam sama ada pada pinggan, mangkuk dan sebagainya pada zaman kerajaan Samaniah.

Pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pula, seni khat diabadikan pula di atas barang-barang kaca dan logam iaitu dalam abad ke-12 dan ke-13 di Iran. Pelbagai jenis botol, kendi lampu gantung dan lain-lain lagi telah dihasilkan. Lampu-lampu itu dihias dengan tulisan khat ayat-ayat al-Qur’an yang indah.

Comments are closed.