62 Seni bina

Seni bina

Ibnu Khaldun (1332 – 1392) dalam karyanya al-Muqadimah pernah menegaskan bahawa kedudukan rohani setiap bangsa, pandangan hidupnya dan cita-citanya dilahirkan pada bangunan yang didirikannya. Setiap bangsa yang bergerak ke arah kemajuan pasti mempunyai ilmu seni bina sebagai bukti terhadap pencapaian tinggi tamadun itu dan cita-cita kebatinannya. Seni bina Islam berlandaskan tauhid iaitu Allah itu Esa dan manusia ialah sebagai khalifah (wakil Allah s.w.t.) dan hamba-Nya yang patuh dan reda pada syariah yang ditentukan-Nya.

Seni bina Islam bermula dengan pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Manakala pembinaan kubah masjid dimulakan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 636 Masihi berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin.

Seni bina Islam adalah unik kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu:

Seni bina Islam berkembang dengan begitu pesat dalam tamadun Islam sehingga lahirlah kota-kota yang besar yang merupakan manifestasi pencapaian seni bina Islam. Antara kota dan binaan yang masyhur adalah:

1. Kota Kaherah yang mempunyai masjid Jamek al-Azhar yang kemudiaannya dijadikan universiti terunggul Islam iaitu Universiti al-Azhar.

2. Kota Cordova yang kaya dengan ratusan binaan pelbagai masjid, istana, pangsapuri, tempat mandi serta gedung perniagaan.

Tamadun Islam mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang seni bina kerana Islam mementingkan keindahan seni.

 

Kejuruteraan

Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam bidang kejuruteraan hidrologi. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (624M) pakar-pakar kejuruteraan Islam telah berjaya membina terusan yang panjangnya 10km yang mengalirkan air dari sungai Furat ke Basrah. Kemudian Umar Abdul Aziz membina terusan yang panjangnya 100km yang menyambungkan Sungai Nil dengan Laut Merah untuk mengatasi kemarau di Tanah Arab.

Manakala dalam bidang kejuruteraan mekanikal tamadun Islam turut mencapai kejayaan yang begitu pesat. Pelbagai alat mengangkut air untuk kegunaan pengairan, perumahan dan industri telah dicipta. Mesin mengangkut air yang dikenali saqiyah dan na’ura sangat terkenal di Mesir dan Syria. Al-Jazari dan Taqi al-Din pada kurun ke-12M telah berjaya menjelaskan kaedah penggunaan pengangkut air dan alat pengepam air. Seterusnya, jurutera-jurutera Islam telah berjaya menemui pelbagai alat seperti bejana terisi sendiri, pemancut cairan yang boleh mengubah jet pancutannya
secara automatik, roda air, roda angin, jam air gajah, jambatan dan jalan raya yang berteknologi tinggi.

Dalam tradisi Islam bidang teknologi seperti kejuruteraan adalah berasaskan konsep kesetaraan atau mizan dan keseimbangan atau tawazun iaitu berada dalam kedudukan yang betul dan seimbang.

 

Aktiviti 2.7
Soalan kepada aktiviti 2.7 Cadangan jawapan untuk aktiviti 2.7