42 Rumusan Unit 1

Setelah mempelajari unit ini, anda sewajarnya dapat merumuskan bahawa Islam adalah agama yang tidak dicipta oleh manusia sebaliknya ia adalah ciptaan Allah semata-mata. Para Rasul a.s telah dihantar untuk menegaskan bahawa Allah adalah Rab (Pencipta dan pemilik alam semesta) dan Ilah yang wajib dipatuhi dan ditaati. Islam, iman dan ihsan adalah tiga perkara yang amat penting dalam memahami Islam dengan jelas dan secara ilmiah. Islam didirikan atas tiga asas yang penting iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Pemahaman asas-asas ini membantu kita untuk mengenali Islam dalam konteks yang komprehensif dan holistik. Asas-asas Islam dapat menggambarkan betapa indah Islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Syariah adalah penting kerana kaya dengan nilai-nilai kemanusian yang tinggi dan dapat membantu perjalanan hidup anda yang penuh pancaroba. Sumber-sumber ajaran Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah adalah termasuk dalam wahyu. Di samping al-Qur’an dan al-Sunnah, Islam memberi ruang dan kebebasan kepada manusia untuk berijtihad. Akhirnya, unit ini turut menerangkan bahawa konsep jihad yang sebenar dalam konteks Islam tidak terhad kepada peperangan bersenjata sematamata. Jihad dalam bentuk yang luas sangat mustahak untuk dihayati setiap insan yang ingin berjaya di dunia dan akhirat.

Comments are closed.