99 Rumusan

Rumusan

Setelah anda mempelajari bab ini, anda mesti sedar bahawa institusi ibadat dalam Islam adalah luas dan menyeluruh. Sebenarnya, ibadat meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia daripada persoalan hidup yang kecil hinggalah persoalan besar. Jika anda betul-betul mempelajari bab ini, anda akan sedar betapa hebatnya ibadat dalam Islam. Institusi ibadat boleh mengubah hidup seseorang individu daripada berkeadaan buruk kepada lebih baik. Malah, institusi ibadat juga boleh membina sebuah negara dan tamadun yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hakikat kehebatan institusi ibadat dalam Islam telah terbukti dalam sejarah tamadun Islam yang gemilang lebih seribu tahun dahulu dan menjadi pelopor dalam pelbagai bidang. Tokoh-tokoh Islam terulung yang telah mengemparkan dunia dengan hasil ciptaan asli yang masih belum ditandingi seperti Ibn Nafis, Ibnu Sina, al-Farabi, Ibn Khaldun dan sebagainya tidak pernah mengabaikan ibadat seperti solat lima waktu. Mereka dikenali sebagai al-hakim yang bijak lagi alim (kuat ibadat). Semoga ibadat menjana kekuatan diri dan kejayaan anda serta impak kepada negara.

 

 

Latihan Kendiri 3.1
Soalan latihan Kendiri 3.1 Cadangan jawapan latihan Kendiri 3.1

 

Comments are closed.