41 Rumusan

Rumusan

Setelah mempelajari bab 1.3, anda sepatutnya telah memahami konsep jihad yang sebenarnya dalam Islam. Kalau ada yang menganggap jihad adalah peperangan semata-mata, maka menjadi tugas anda untuk memperbetulkan salah faham itu. Jangan beremosi, terangkan secara ilmiah bahawa pada hakikatnya peperangan hanyalah bentuk jihad yang diwajibkan untuk mempertahankan diri dan maruah dalam keadaan dizalimi, dimusuhi atau dihalangi daripada berdakwah. Malah, umat Islam juga perlu memahami konsep jihad dalam pengertian yang tepat dan luas. Pendek kata, jihad penting dan utama serta tidak boleh dipisahkan daripada Islam kerana untuk hidup sebagai seorang Muslim dalam erti kata sebenar adalah juga satu jihad yang besar.

Jihad bukan terorisme
Harus ditekankan bahawa jihad terhadap mereka yang tidak bersalah dengan mengenakan kekejaman ataupun dengan cara membunuh diri, tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam. Islam menggalakkan mereka yang tertindas untuk berjuang demi kebebasan mereka dan mengarahkan agar umat Islam yang lain menolong mereka yang menderita. Namun, Islam tidak membenarkan dengan apa cara pun seperti melakukan kekejaman terhadap mereka yang tidak terlibat dan mereka yang tidak bersalah. Ini bertentangan dengan ajaran Islam. Sungguhpun begitu, telah wujud beberapa golongan tertentu yang sengaja memutarbelitkan pembahasan mengenai jihad hanya semata-mata untuk mengesahkan idea terrorisme mereka.

 

Latihan Kendiri 1.3
Soalan latihan Kendiri 1.3 Cadangan jawapan latihan Kendiri 1.3

Comments are closed.