167 Rumusan

Rumusan

Dalam bab ini, kita telah membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab, kita tidak boleh lari daripada menghadapi isu-isu dan cabaran-cabaran tersebut. Kita mestilah secara bijaksana menghadapinya dan mencari jalan penyelesaiannya. Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai panduan Islam tentang cara memahami dan mengatasi semua isu dan permasalahan tersebut. Apa yang penting, kita mestilah memahami sesuatu masalah terlebih dahulu, mengenal pasti punca-puncanya, merangka strategi penyelesaiannya dan berusaha menyelesaikannya dengan penuh komitmen. Jika kita mempunyai kesungguhan dan sentiasa mencari panduan daripada ajaran Islam, insya-Allah, kita akan berjaya menghadapi semua cabaran tersebut dengan baik. Sebagai pemuda dan pemudi harapan ummah, anda mestilah menyahut cabaran ini. Namun syarat yang paling utama, anda mestilah terlebih dahulu melengkapkan diri anda dengan ilmu pengetahuan secukupnya. Tanpa ilmu, anda hanya meraba-raba dalam kegelapan dan akhirnya terus tersesat. Sebaliknya, dengan ilmu, perjalanan anda akan disinari cahaya yang terang benderang. Bukankah pepatah menyatakan bahawa ‘ilmu itu pelita bagi hidup’?

Comments are closed.