123 Prinsip-prinsip sebagai khilafah

Prinsip-prinsip sebagai khilafah

Nota berikut menjelaskan prinsip-prinsip dalam pemerintahan khilafah.
 

1. Menegakkan keadilan

Pemerintah bertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan pada semua termasuk haiwan dalam negara yang ditadbirnya. Keadilan atau al-adalah juga bererti menghapuskan kezaliman serta penganiayaan (al-zulm). Pemerintah perlu menunaikan hak dan kebajikan rakyat dengan adil tanpa memilih pangkat, keluarga, warna kulit dan sebagainya.

 

2. Melaksanakan undang-undang Allah s.w.t.

Dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam, undang-undang yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah wajib menjadi rujukan utama dalam segala urusan pemerintahan dan pentadbiran negara. Kuasa mutlak adalah milik Allah s.w.t. dan pemerintah hanyalah sebagai pentadbir yang memikul amanah Allah s.w.t. untuk memakmurkan bumi ini. Pemerintah harus tunduk dan patuh kepada hukum Allah s.w.t. tiada suatu pun kuasa kebal yang boleh mengatasi hukum Allah s.w.t.

 

3. Menyeru kepada makruf dan mencegah mungkar

Di samping menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, pemerintah juga perlu memastikan pentadbirannya membawa kemakmuran, mendapat keredaan Allah s.w.t. serta memperoleh keampunan Ilahi.
Malah, pemerintah bertanggungjawab memperingatkan rakyatnya agar sentiasa bekerjasama untuk kebaikan dan bersatu dalam menentang kejahatan.

 

4. Mewujudkan perdamaian dan persaudaraan sejagat

Tegasnya, pemerintah sebagai ketua pentabdir negara perlu mengukuhkan kesepakatan, kefahaman serta perpaduan dan mengelak daripada berlakunya perpecahan. Malah, matlamat negara Islam ialah untuk mewujudkan negara yang aman-damai, masyarakat yang memiliki sifat-sifat kasih sayang, kerjasama dan hidup harmoni serta bersatu padu menghadapi ancaman musuh.

 

Maka, penghayatan falsafah, konsep serta prinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam merupakan faktor penting dalam menentukan keberkesanan pemerintah menunaikan tanggung jawabnya sebagai pemimpin kepada rakyat.

 

Comments are closed.