142 Perbandingan sistem ekonomi barat dengan sistem ekonomi Islam

Perbandingan sistem ekonomi barat dengan sistem ekonomi Islam

Kapitalisme

1. Asas kapitalisme ialah prinsip laissez faire dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang membabitkan harta persendirian, kebebasan perdagangan, keuntungan sebagai galakan tunggal pertandingan dan diskriminasi antara hak pekerja
dengan majikan.

2. Kapitalisme mengutamakan kebebasan memliki harta persendirian secara bebas dan terbuka. Selain itu, amalan riba merupakan salah satu elemen dalam sistem ekonomi kapitalisme.

 

Islam

1. Masyarakat melalui pemerintah mempunyai kuasa untuk menentukan cara harta kekayaan digunakan. Semua harta kekayaan hanyalah milik Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. menjadikannya untuk faedah masyarakat. Mengikut peraturan Islam, nikmat Allah s.w.t. dikurniakan untuk kebaikan masyarakat dan masyarakat mempunyai hak ke atasnya dan bukannya hak individu.

2. Tiada amalan riba dalam Islam. Ia diharamkan kerana bersifat zalim dan melibatkan pengeksploitasian. Fungsi asas harta benda dijadikan adalah dengan harapan orang yang mempunyai lebihan harta benda membantu mereka yang memerlukan. Riba juga membawa ketidakseimbangan dengan memindahkan kekayaan daripada orang miskin kepada orang kaya. Ini bertentangan dengan kehendak Tuhan yang mahu kesaksamaan pembahagian pendapatan dan kekayaan.

 

Kita sudahpun membincangkan tentang falsafah, konsep, ciri-ciri dan tujuan ekonomi Islam. Maka kita perlu juga mengetahui badan-badan atau institusi-institusi yang melaksanakan aktiviti ekonomi Islam ini. Berikut ialah institusi Islam yang terlibat dalam sektor ekonomi.

Comments are closed.