6 5.0 Penilaian dan Peperiksaan

Penilaian

Penilaian kursus ini adalah berdasarkan dua komponen iaitu kerja kursus (TMA) dan peperiksaan akhir.

Kerja kursus (TMA) boleh dibahagikan kepada dua kaedah. Contohnya, soalan kerja kursus boleh dijawab di rumah dan dihantar sebelum tarikh penyerahan manakala kerja kursus menerusi computer (CMA) pula, ia boleh dijawab menerusi WawasanLearn (sekiranya ada). Kedua-dua bentuk soalan ini akan disatukan dalam tiga kerja kursus (TMA) untuk penilaian dan penggredan. Peperiksaan akhir akan dijalankan di pusat peperiksaan terpilih selepas cuti belajar selama seminggu.

Bersama dengan ID pelajar dan kata laluan, anda boleh memuat turun ketiga-tiga kerja kursus (TMA) menerusi WawasanLearn. Jikalau anda menghadapi sebarang kesulitan, sila hubungi Pusat Wilayah anda untuk bantuan.

 

Peperiksaan

Peperiksaan akhir mengambil 50% daripada markah kursus anda. Peperiksaan ini mengambil masa tiga jam dan merangkumi soalan objektif dan soalan berbentuk karangan. Secara keseluruhannya, penilaian kursus ini dapat dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang berikut:

Jenis Markah
Kerja Kursus 1 20%
Kerja Kursus 2 30%
Peperiksaan akhir 50%
Jumlah markah 100%

 

Polisi peperiksaan

Anda diwajibkan untuk menghadiri setiap peperiksaan yang dijadualkan untuk memperoleh gred akhir anda pada masa dan tempat yang ditentukan.

Pelajar yang menghadapi masalah, sakit dan tidak dapat menduduki mana-mana peperiksaan perlu menyatakan sebab secara bertulis kepada Pendaftar. Setiap surat bertulis anda hendaklah disokong oleh dokumen yang sah dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh peperiksaan diadakan dan akan dipertimbangkan oleh pihak Universiti mengikut kes.

Jikalau anda gagal menghadiri peperiksaan yang dijadualkan tanpa sebarang kelulusan, anda akan diberi gred F(0) untuk peperiksaan tersebut.

 

Markah lulus

Anda wajib memperoleh sekurang-kurangnya 40% dalam kerja kursus anda dan peperiksaan akhir untuk lulus kursus ini. Untuk kursus dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN) pula, anda dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya 50% untuk
lulus.

 

Jadual penggredan

Markah (Peratusan) ≥ 75 60 – 74 50 – 59 46 – 49 40 – 45 ≤39
Gred A B C C− D F

 

Spesimen soalan peperiksaan

Sila muat turun spesimen soalan peperiksaan anda dari WawasanLearn (https://lms.wou.edu.my).