153 5.2 Pandangan semesta Islam

Objektif

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan pandangan semesta Islam khususnya hubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar.

2. Menerangkan epistemologi Islam dari segi sumber, pengelasan dan hierarki ilmu dan ilmuan menurut perspektif Islam.

3. Mengenal pasti konsep, hierarki dan perlaksanaan sistem nilai menurut perspektif Islam.

 

Pengenalan

Pandangan semesta Islam merujuk kepada gambaran umum daripada perspektif Islam terhadap beberapa aspek penting kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam universal seperti hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekitar. Dalam memahami Islam dengan jelas, maka pandangan semesta Islam akan memberi gambaran yang menyeluruh tentang ajaran Islam. Oleh itu, bab ini akan menumpukan kepada perbincangan tentang hubungan manusia daripada pelbagai dimensi seperti bentuk hak dan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam melaksanakan hubungan-hubungan tersebut. Seterusnya, bab ini juga akan membincangkan epistemologi ilmu dari segi sumber, pengelasan dan hierarki ilmu serta ilmuan dalam Islam dan diikuti dengan perbincangan tentang sistem nilai dalam Islam.