26 Matlamat ajaran Islam (Maqasid al-Shari’ah)

Matlamat ajaran Islam (Maqasid al-Shari’ah)

Setelah anda mengenali komponen asas Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak, sekarang anda perlu mengetahui tujuan diwahyukan ajaran Islam. Bahagian ini akan memberi gambaran yang jelas tentang kemurnian syariah kerana kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan yang dapat menyelamatkan manusia daripada terjerumus ke dalam lembah keburukan dan kemaksiatan. Anda mesti mempelajarinya kerana ianya amat berguna dalam perjalanan kehidupan anda keana dapat memandu anda membuat keputusan yang bijaksana.

Matlamat utama perlaksanaan ajaran Islam atau syariah adalah untuk mengatur hidup manusia atas asas makruf dan mengenepikan mungkar. Istilah makruf bererti segala nilai luhur dan sifat baik yang selalunya diterima oleh naluri manusia sebagai baik. Manakala mungkar pula membawa erti segala macam dosa dan kejahatan yang selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat.

Pada prinsipnya perlaksanaan syariah dan ajaran Islam keseluruhannya bertujuan untuk menyelamatkan dan memelihara kehidupan manusia dan mengelakkan segala keburukan. Menurut Islam, keperluan manusia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah.

Comments are closed.