47 2.1 Konsep peradaban dan tamadun

Objektif

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti konsep tamadun yang merangkumi aspek pengertian, ciri-cirinya dan sumber tamadun secara umum.

2. Mengkategorikan ciri-ciri tamadun Islam, sumber tamadun Islam dan faktor-faktor kejayaan tamadun Islam.

3. Menyenaraikan faktor-faktor kejayaan tamadun serta sumbangan dan pencapaian tamadun Islam.

4. Membezakan konsep dan ciri-ciri tamadun Islam dengan Barat.

 

Pengenalan

Topik-topik dalam bab ini anda akan dijelaskan mengenai pengertian, konsep, ciri-ciri dan asas-asas pembinaan sesebuah tamadun atau peradaban. Perbincangan juga meliputi tentang keunikan, keistimewaan, ciri-ciri, sumber dan faktor-faktor kecemerlangan tamadun Islam. Ini akan membolehkan anda melihat perbezaan antara konsep dan ciri-ciri tamadun Islam dengan Barat.

Bab ini akan diakhiri dengan pelbagai maklumat tentang falsafah sains dan teknologi Islam serta pencapaian tamadun Islam dalam pelbagai bidang kehidupan.