108 Konsep pendidikan Islam

Konsep pendidikan Islam

Secara konsepnya, terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh tokoh pendidik tentang pendidikan Islam. Namun secara umumnya, pendidikan Islam ialah satu proses mendidik, membentuk serta melatih individu dalam pelbagai aspek jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna, beriman, berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya.

Konsep pendidikan Islam ialah konsep pendidikan rabbani yang bersumberkan bimbingan Ilahi. Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki dengan berpandukan wahyu daripada Allah s.w.t. Malah, Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup, belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat tanpa membezakan lelaki dengan wanita.

Kesimpulannya, pendidikan yang dikehendaki dalam Islam ialah satu proses latihan akal, jasmani, rohani, ijtimaiah (kemasyarakatan) dan akhlaqiah (akhlak) manusia. Ini berdasarkan nilai-nilai Islam yang bersumberkan daripada al-Qur’an dan al- Sunnah bagi melahirkan manusia yang sempurna.

 

Aktiviti 3.11
Soalan kepada aktiviti 3.11 Cadangan jawapan untuk aktiviti 3.11

 

Comments are closed.