11 1.1 Konsep-konsep asas Islam

Objektif

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan makna Islam, iman dan ihsan.

2. Menganalisa kaitan antara Islam, iman dan ihsan.

3. Mengaplikasi konsep akidah dalam kehidupan seharian.

4. Mengguna pakai asas-asas Islam dalam kehidupan.

 

Pengenalan

Dalam bab ini anda akan mengetahui perkara-perkara asas dalam Islam seperti pengertian Islam, Iman dan Ihsan serta asas-asas yang membina kerangka pemahaman Islam. Dalam bab ini juga anda akan mendapat gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang isi kandungan Islam yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak.Pemahaman asas-asas ini adalah sangat penting dalam kehidupan seseorang muslim untuk menghadapi permasalahan semasa yang semakin mencabar.

Comments are closed.