31 1.3 Konsep jihad dalam Islam

Objektif

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan konsep jihad yang sebenarnya.

2. Mengklasfikasikan jenis-jenis jihad.

3. Menyenaraikan unsur-unsur jihad.

4. Mengenal pasti kepentingan dan keutamaan jihad.

 

Pengenalan

Jihad ialah satu topik yang sangat menarik untuk dipelajari kerana ilmu tentang jihad dapat memotivasikankan seseorang daripada keadaan yang mundur kepada keadaan yang cemerlang. Namun, malang sekali, jihad adalah salah satu konsep yang sering disalah fahami oleh pelbagai pihak. Contohnya, akibat daripada tragedi 11 September 2001, dengan cepat pihak Barat menuding jari kepada amalan jihad umat Islam, sebelum ia benar-benar dibuktikan. Semua ini berlaku kerana salah fahaman tentang konsep jihad seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Oleh itu, dengan mempelajari bab tiga, anda pasti akan dapat maklumat yang sangat berguna tentang jihad yang sebenar dalam konteks Islam. Anda juga akan faham jenis-jenis jihad serta kepentingan dan keutamaan jihad dalam Islam.