48 Konsep dan pengertian tamadun

Konsep dan pengertian tamadun

Pernahkah anda mendengar perkataan tamadun dan dari mana asalnya? Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada bahasa Arab dengan kata dasar ‘da-na’ yang bererti beragama. Manakala daripada kata ‘da-na’ ini pula muncul kata madanna serta tamaddana yang kedua-duanya bererti mengasaskan dan membina kehidupan perbandaran dan kehalusan budi pekerti. Seterusnya dari kata tamaddana itulah lahirnya perkataan tamaddun. Walaupun perkataan tamadun yang digunakan pada hari ini merujuk kepada suasana kehidupan yang maju dari segi fizikal dan moralnya, namun oleh kerana ia berasal dari kata dasar da-na yang bererti agama, maka sudah tentu maksud sebenar tamadun itu berkaitan dengan keagamaan juga. Dengan itu, secara kasarnya perkataan tamaddun atau tamadun dalam bahasa Melayu itu boleh diertikan dengan satu suasana kehidupan yang maju dari segi ilmu, material, budaya dan kerohanian berteraskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan keagamaan yang bersumberkan wahyu al-Qur’an dan al-Hadith.

Istilah terawal yang digunakan untuk menghuraikan tamadun secara ilmiah dipelopori oleh Ibn Khaldun iaitu pengasas ilmu ketamadunan pada abad ke-14. Beliau telah menggunakan dua istilah utama iaitu:

Seterusnya pada abad ke-19 iaitu 500 tahun kemudian, baru ditemui dalam bahasa Inggeris perkataan yang seerti dengan umran dan hadarah iaitu civilisation. Perkataan civilisation berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar dan kota.

Menurut E.B. Taylor, seorang ahli antropologi, perkataan civilisation merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

 

Ciri-ciri tamadun

Mari kita luaskan lagi maklumat tentang tamadun. Seterusnya anda perlu ketahui ciri-ciri sebuah tamadun. Menurut Edward L. Farmer dalam bukunya Comparative History of Civilization in Asia menggariskan tujuh ciri utama tamadun:

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa elemen asas yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan sesebuah tamadun. Antara elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut:

1. Penempatan manusia pada suatu tempat yang strategik seperti pusat bandar.

2. Jangka hayat penghidupan yang stabil dan agak panjang.

3. Terdapat sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

4. Wujud satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi alat komunikasi ilmu.

5. Wujud undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak-tanduk anggota masyarakatnya.

6. Peningkatan daya kekreatifan dalam bidang seni, sastera, falsafah dan lain-lain.

7. Terdapat pelbagai penciptaan sains dan teknologi.

Ini adalah antara ciri-ciri yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai kehidupan bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun dan mundur.

Grafik di bawah merupakan ringkasan kepada sesebuah tamadun dan faktor-faktor yang mengakibatkan keruntuhan sesebuah tamadun.

 

Rujukan Web
Sila ke laman web berikut untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai tamadun Islam:

1. http://www.historyguide.org/ancient/lecture18b.html

2. http://www.1001inventions.com/

 

Sumber tamadun

Sumber utama sesebuah tamadun adalah berdasarkan pandangan semesta tamadun tersebut. Dalam konteks tamadun manusia, terdapat empat sumber iaitu:

 

Oleh itu, anda dapat lihat keempat-empat sumber sesebuah tamadun iaitu kebendaan, akal fikiran, kerohanian dan wahyu telah menjadi sumber asas dalam memanifestasikan kewujudan tamadun-tamadun agung yang muncul sepanjang sejarah ketamadunan manusia.

 

Aktiviti 2.1
Soalan kepada aktiviti 2.1 Cadangan jawapan untuk aktiviti 2.1