133 Klasifikasi hukum

Klasifikasi hukum

Undang-undang jenayah Islam boleh dibahagikan kepada tiga jenis kesalahan dan tiga jenis hukuman iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Setiap satu daripada tiga jenis kesalahan dan hukuman ini akan dijelaskan di bawah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang yang zalim –

(Surah al-Baqarah2: 229)

 

Hukum hudud

Hudud dari segi bahasa bermaksud cegah, iaitu mencegah manusia daripada melakukan kesalahan yang membawa kepada hukuman itu. Menurut perundangan Islam, terdapat tujuh kesalahan yang termasuk dalam undang-undang jenayah hudud iaitu:

Tujuh kesalahan ini dinamakan kesalahan hudud. Begitu juga hukuman yang dikenakan bagi pesalah yang telah disabitkan bagi kesalahan-kesalahan ini juga dikatakan hukuman hudud. Bagaimanapun perlu dijelaskan bahawa hukuman terhadap kesalahan ini tidak boleh dilakukan secara seweanang-wenangnya. Sistem perundangan Islam telah menetapkan kaedah perbicaraan dan proses pensabitan yang sangat ketat bagi setiap kesalahan ini.

Antaranya, setiap kesalahan ini mestilah disabitkan tanpa sebarang syubhah, iaitu keraguan yang boleh menghindarkan hukuman hudud. Antara syubhah yang diambil kira ialah seperti saksi yang tidak adil dan tidak mencukupi syarat, niat dan keadaan mental pihak yang dituduh semasa melakukan kesalahan, keadaan semasa yang membawa kepada perlakukan kesalahan, nilai barangan yang dicuri (bagi kesalahan mencuri), kesempitan hidup dan kelaparan (bagi kesalahan mencuri), barangan yang tidak disimpan pada tempat yang wajar (bagi kesalahan mencuri) dan saksi tidak betul-betul melihat perlakuan zina (bagi kesalahan berzina). Jika wujud salah satu daripada elemen syubhah di atas atau mana-mana faktor yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kesalahan pihak yang dituduh, maka hakim perlu membebaskannya atau mengenakan hukuman lain yang lebih ringan mengikut hukum ta’zir. Hukum ta’zir ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam unit ini nanti.

Berikut beberapa contoh hukuman yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah mengikut hukum hudud.

 

Salah faham mengenai hukum hudud

Ramai yang membayangkan bahawa hukum hudud merupakan hukuman yang sangat zalim. Masyallah. Allah Maha Mengetahui apajua hukuman yang dikenakan kepada umat-Nya.

Salah faham mengenai hukum hudud ini wujud apabila kita melihat Hukum Hudud dalam bentuk juz’i (berdiri sendiri) yang mana terpisah daripada keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam. Memang tidak dapat dinafikan sekiranya kita meneliti hukum hudud dalam bentuk juz’i, sudah tentu ia akan dilihat sebagai tidak mampu mewujudkan keadilan. Contoh yang seringkali dibangkitkan ialah isu rogol. Ramai yang mempertikaikan Hukum Hudud dalam menyelesaikan isu rogol ini. Dalam hukum hudud, jenayah rogol disamakan dengan jenayah zina. Dalam hudud, menuduh seorang yang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan kesalahan qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 sebatan. Lalu ada antara kita hanya mengambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah untuk menggambarkan bahawa mangsa rogol akan dizalimi. Mereka mengandaikan bahawa mangsa rogol perlu membawa 4 orang saksi yang adil untuk membuat aduan atau menghadapi risiko kesalahan qazaf. Ini, menurut penentang hudud menzalimi mangsa rogol di samping melindungi perogol. Padahal, undang-undang kes rogol perlu juga dirujuk kepada keseluruhan undang-undang syariah secara lengkap.

Bagaimana pula situasi seseorang yang membuat laporan polis bersama dengan pemeriksaan doktor dan menyatakan bahawa dirinya dirogol dan dia tiada saksi? Jika ternyata dia dirogol dan tahap kesaksian untuk pendakwaan tidak mencukupi (tidak ada 4 orang yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa boleh mendakwanya dalam hukum ta’zir.

Ini bermakna bukan senang untuk mensabitkan seseorang dengan sebarang kesalahan hudud. Matlamat perundangan Islam bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hidup setiap individu dan masyarakat, bukan untuk menghukum manusia sewenangwenangnya.

 

Rujukan Web
Sila layari laman web berikut untuk mendapat maklumat mengenai hudud:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Hudud

2. http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

3. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/tujuan.htm

 
 

Aktiviti 4.10
Soalan kepada aktiviti 4.10 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.10

 

 

 

 

 

 

Hukum ta’zir

Dari segi bahasa, ta’zir bermaksud pengajaran. Dari segi istilah pula, ta’zir ialah kesalahan dan hukuman yang dikenakan bagi kesalahan yang lain selain daripada hukuman hudud dan qisas, diyat dan kaffarah.

Hukuman ta’zir bertujuan untuk memberi pengajaran supaya orang ramai tidak melakukan jenayah. Ia bertujuan untuk membersihkan masyarakat daripada perbuatan maksiat. Bagi mencapai tujuan ini, hukuman ke atas kesalahan ta’zir perlu diisytiharkan kepada orang ramai agar si penjenayah merasai kesan pelaksanaan undang-undang tersebut.

Kesalahan ta’zir dan hukuman yang dikenakan tidak dijelaskan oleh syariah Islam. Ia terpulang kepada pemerintah, khususnya para hakim. Walaupun hakim agak bebas, namun semasa memilih untuk menjatuhkan hukuman, para hakim mestilah menggunakan budi bicara yang baik berdasarkan tujuan untuk mengajar pesalah, mengelakkan kesalahan yang sama berulang dan menjamin kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Ini bermakna para hakim bebas mengenakan hukuman yang paling lembut atau paling keras, asalkan pada budi bicaranya ia lebih berkesan untuk mencapai matlamat tersebut.

Berikut ialah antara kesalahan di bawah kesalahan ta’zir.

Menurut perundangan Islam, antara bentuk hukuman ta’zir yang boleh dikenakanoleh hakim ialah seperti berikut:

 

Hukum qisas

Qisas bererti persamaan dan keadilan. Ia juga bermaksud persamaan balasan terhadap penjenayah dengan balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Menurut istilah perundangan Islam, qisas ialah kesalahan dan hukuman yang berkaitan dengan jenayah terhadap nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Seperti hudud, kesalahan dan hukuman qisas juga merupakan kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh syariah Islam. Cuma yang membezakan qisas daripada hudud ialah qisas melibatkan hak individu. Ia bermaksud bahawa mangsa jenayah atau warisnya berhak menuntut supaya penjenayah dihukum menurut hukuman yang ditetapkan atau diampunkan dan dilepaskan daripada hukuman asal.

Pada asasnya, pesalah yang disabitkan dengan kesalahan qisas akan dikenakan hukuman yang sama seperti kesalahan yang dilakukannya. Ini bermakna jika dia membunuh orang, maka dia juga dikenakan hukuman bunuh. Namun begitu, tidak semua kesalahan yang menyebabkan kematian dikenakan hukuman bunuh sebagai balasan.

Dalam perundangan Islam, kesalahan qisas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

Bagi kesalahan qisas yang dilakukan dengan sengaja, maka pesalah akan dikenakan hukuman yang sama seperti kesalahan yang dilakukan. Manakala bagi kesalahan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tersilap, maka ia dikenakan hukuman denda mengikut kadar yang tertentu. Namun seperti yang telah dinyatakan, mangsa atau warisnya berhak memaafkan pesalah dan menuntut supaya dia dibebaskan daripada hukuman tersebut.

Sebaliknya, jika mangsa atau warisnya tidak memaafkan pesalah, maka tiada sesiapa pun yang boleh mengampun atau membebaskannya daripda hukuman yang setimpal. Pembunuhan tidak sengaja adalah perbuatan yang menyebabkan kematian tetapi tidak dilakukan dengan niat membunuh. Hukumannya adalah diyat sebanyak seratus ekor unta. Diyat ialah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Hukuman diyat ini berasaskan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesiapa yang membunuh orang beriman dengan tidak sengaja maka dia perlu membebaskan seorang hamba dan membayar diyat kepada keluarga si mati kecuali jika mereka (keluarga si mati) memaafkannya.

(Surah al-Nisa’: 92)

 

Rujukan Web
Layari laman web berikut untuk maklumat lanjut mengenai perundangan jenayah Islam.

http://members.tripod.com/man999/jenayah_Islam.htm

 
 

Aktiviti 4.11
Soalan kepada aktiviti 4.11 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.11