29 Keperluan tahsiniyyah

Keperluan tahsiniyyah

Keperluan tahsiniyah ialah keperluan manusia terhadap perkara-perkara yang dianggap terpuji dalam adat kehidupan dan pergaulan mereka seharian serta menjauhi suasana yang kurang baik yang dipandang rendah oleh akal yang sempurna dan matang. Pada keseluruhannya ia menyentuh peraturan akhlak dalam seluruh aspek pergaulan dan perhubungan termasuk perkara-perkara sunat. Antara contoh keperluan tahsiniyah seperti melakukan amalan sunat dalam beribadat, menjaga adab-adab makan, minum, pakaian, musafir, percakapan dan lain-lain dalam bidang sosial dan mengharamkan penipuan, menyorokkan barang untuk mengaut keuntungan, menyembunyikan kecacatan barang yang dijual dan sebagainya dalam sistem ekonomi.

Inilah sebenarnya secara ringkas matlamat utama ajaran Islam. Kalau anda tinjau secara objektif dengan hati yang suci, anda akan dapati bahawa segala ajaran Islam dan hukum-hakam yang ditetapkannya dalam apa bidang juga terarah kepada mencapai matlamat yang disebutkan. Ia bukan diwahyukan untuk menyusah dan menganggu kehidupan manusia, tetapi untuk menjamin kehidupan mereka yang lebih harmoni dan sempurna. Dengan perbincangan ini diharapkan anda dapat memahami, menerima dan menghayati segala hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Comments are closed.