28 Keperluan hajiyyah

Keperluan hajiyyah

Keperluan hajiyyah ialah keperluan yang penting bagi manusia untuk menjamin kelapangan hidup mereka sekaligus menghilangkan kesempitan yang biasanya membawa kesusahan dan kesukaran. Apabila maqasid ini tidak diambil kira, maka banyak kesukaran dihadapinya walaupun tidaklah sampai kepada kehancuran sistem hidup manusia seperti dalam keperluan daruri. Imam al-Syatibi menyebut beberapa contoh maqasid hajiyah yang terdapat dalam ibadat, muamalat dan jinayat. Di dalam ibadat, contohnya rukhsah bagi orang yang sakit dan musafir, di dalam muamalat, contohnya jual beli saham, memberi modal dan mengairi tanaman. Manakala di dalam jinayat pula seperti sumpah, diat (denda) ke atas yang baligh dan jaminan ke atas harta.

Comments are closed.