40 Kepentingan dan keutamaan jihad

Kepentingan dan keutamaan jihad

Sebenarnya jihad mempunyai kepentingan dan keutamaan yang tersendiri dalam Islam. Islam memandang jihad sebagai suatu amalan yang mulia dan suci. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Hai orang yang beriman sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.

(Surah al-Saff: 10 – 11)

Oleh itu, jihad mempunyai kedudukan sangat penting dan istimewa dalam Islam. Ganjaran bagi orang yang berjihad dalam Islam adalah sangat berharga kerana bukan mudah untuk mendapat rahmat, keampunan dan syurga daripada Allah s.w.t. Sudah semesti Allah s.w.t. berhak menguji keimanan manusia dengan melihat pergorbanan dan perjuangan yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

Namun begitu jihad dalam Islam ada keutamaannya yang sering kali disalah fahami. Dari segi keutamaan, jihad peperangan atau qital adalah satu keperluan yang diwajibkan dalam keadaan menghadapi kebatilan, pencerobohan dan penindasan ke atas umat Islam. Ini bermakna, jika tiada sebarang bentuk permusuhan yang dilakukan, maka jihad memerangi musuh secara bersenjata tidak diwajibkan. Di samping jihad peperangan senjata memerangi musuh, jihad memerangi hawa nafsu tidak boleh dilupakan kerana ia berlaku pada setiap saat dan waktu.

 

Comments are closed.