8 6.0 Kata-kata Perangsang

Kursus pengajian Islam adalah satu kursus yang sangat menarik untuk dipelajari oleh pelajar Islam dan bukan Islam kerana kursus ini memberi satu gambaran yang jelas tentang ajaran Islam secara ilmiah. Islam ialah agama rasmi di Malaysia dan dianuti lebih daripada satu billion penduduk dunia sudah pasti akan membantu anda untuk memahami agama rasmi negara ini serta mudah untuk anda mendekati masyarakat Islam. Malah perkembangan isu-isu semasa di peringkat antarabangsa seperti tragedi 11 September, 2001 juga cuba mengaitkan jihad Islam dengan penafsiran yang salah. Maka dengan mengikuti kursus ini, anda akan melihat sendiri bahawa jihad adalah suatu yang suci dalam Islam dan mampu melahirkan seorang manusia yang baik. Anda seharusnya dapat mengetahui bahawa Islam adalah satu cara hidup yang lengkap yang boleh diaplikasikan untuk menangani pelbagai permasalahan semasa. Pendek kata, kursus ini sesuai untuk semua kaum kerana ia mengandungi banyak maklumat khususnya mengenai kecemerlangan tamadun Islam yang menjadi inspirasi
kebangkitan tamadun Eropah.

Comments are closed.