36 Jihad menentang golongan yang memusuhi Islam

Jihad menentang golongan yang memusuhi Islam

Islam tidak memerintahkan umatnya untuk memerangi semua orang yang tidak menerima dakwahnya. Jika mereka sudi untuk hidup berbaik-baik dengan orang Islam, maka mereka akan diberikan hak dan tanggungjawab sama seperti hak dan
tanggungjawab yang diperolehi oleh umat Islam yang lain. Ini telah dibuktikan oleh Islam sepanjang sejarah pemerintahan dan kekuasaannya dahulu. Malah tercatat dalam sejarah Islam lampau bahawa kementerian tertentu di bawah kekuasaan Islam diketuai oleh orang bukan Islam yang mahir dalam bidang yang berkenaan.

Golongan yang sentiasa memusuhi Islam telah, sedang dan akan wujud sepanjang perjalanan sejarah. Golongan ini tidak akan sama sekali membiarkan dakwah Islam berkembang. Malah, ada yang sanggup mengusir umat Islam daripada tanah air mereka sendiri seperti yang berlaku di Palestin. Hanya orang yang memerangi Islam dan umatnya seperti ini, serta golongan yang menghalang daripada perlaksanaan usaha dakwah sahaja yang diperintahkan oleh Islam untuk diperangi.

Akan tetapi bentuk jihad untuk menghadapi golongan kafir adalah bergantung kepada keadaan. Islam bukanlah agama yang keras dan kaku. Ia memandu umatnya supaya bertindak sesuai dengan situasi serta kemampuan yang ada.

 

Situasi yang dimaksudkan terbahagi kepada dua:

1. Ketika kaum muslimin tidak mempunyai kekuasaan

Ketika kaum Muslimin tidak mempunyai kekuatan dan pemerintahan yang kukuh, manakala musuh pula mempunyai kuasa ke atas umat Islam maka jihad yang sesuai ialah jihad melalui lisan iaitu dakwah menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran dengan jihad yang besar.

(Surah al Furqan: 52)

 Jihad ini dilaksanakan melalui lisan dan hujah terhadap golongan kafir agar hati mereka kembali kepada Islam. Pada zaman moden, jihad ini boleh dilakukan melalui penulisan, media elektronik dan Internet bagi menjawab tuduhan dan menyampaikan mesej Islam. Walau bagaimanapun, kaum Muslim hendaklah mencari jalan untuk memperkuatkan diri mereka sehingga dapat menghadapi musuhnya dengan kekuatan jika diancam.

 

2. Ketika kaum muslimin mempunyai kekuasaan

Apabila orang Islam telah memiliki kekuasaan pemerintahan yang sempurna dan mereka dihalang daripada menyampaikan dakwah secara aman, maka jihad melalui senjata atau berperang hendaklah dilaksanakan. Jihad ini
dinamakan Jihad al-Qital. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tiada beragama dengan agama yang benar (iaitu orang) yang diberikan kitab kepada mereka, sehingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.

(Surah al-Taubah: 29)

 

 Melalui ayat di muka surat sebelah, golongan kafir diberi tiga pilihan iaitu:

a. Menganut Islam secara sukarela.

b. Mene ruskan kepe rcayaan agama mereka tetapi menerima pemerintahan Islam dengan membayar jizyah (cukai) dan tidak menyekat usaha dakwah Islam.

c. Berperang.

Comments are closed.