54 Interaksi tamadun Islam dan barat

Interaksi tamadun Islam dan barat

Dalam sejarah perkembangan tamadun manusia, setiap tamadun saling berinteraksi antara satu sama lain. Hasil interaksi tersebut telah banyak menyumbang ke arah kemajuan pesat peradaban manusia. Namun setiap tamadun mempunyai pencapaianpencapaian serta keunikan yang tersendiri. Interaksi yang berlaku antara tamadun sepanjang sejarah manusia pasti akan menerima kesan-kesan yang positif dan negatif.

 

1. Interaksi positif

Interaksi positif antara tamadun Islam dan tamadun lain telah berlaku seawal abad pertama dalam sejarah Islam lagi. Berikut merupakan impak positif pertembungan tamadun Islam dengan tamadun yang lain.

Rumusan interaksi positif tamadun Islam dengan tamadun Barat telah diungkapkan dengan begitu menarik oleh sejarawan Barat, Robert Briffault:

For although not a single aspect of European growth in with the decisive influence of Islamic civilization is not traceable, nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that power with constitute the permanent distinctive force of the modern world and the supreme source of its victory – natural science and scientific spirit. Science is the momentous contribution of Arab Civilization to the modern world … It was not science only which brought
Europe back to life. Other and manifold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life.

Jadi, kalau tiada interaksi positif sudah pasti Barat moden yang serba maju tidak akan mencapai kemajuan pesat. Sikap keterbukaan yang dianjurkan oleh tamadun Islam telah ditegaskan dengan kata-kata yang begitu indah oleh Hassan Langgulung:

Tamadun Islam tegak dicetus atas dialog yang membina dan prinsip memberi dan mengambil. Dengan itu ia dapat menghadamkan pencapaian sains yang mekar pada tamadun-tamadun lain, malah ia menambah dan memperkayakannya sehingga ia mengeluarkan tamadun gemilang dan cemerlang dalam segala bidang ilmu dan pengetahuan.

 

2. Interaksi negatif

Lumrah kehidupan manusia ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga interaksi antara tamadun, khususnya tamadun Islam dan tamadun Eropah ada yang positif dan negatif.

 

Kesimpulannya, interaksi antara sesebuah tamadun berlaku kerana terdapat sikap terbuka dalam menerima dan menilai apa yang baik dan buruk. Interaksi yang positif memberi pengukuhan kepada sesebuah tamadun. Sebaliknya, interaksi yang negatif menimbulkan konflik dan perang yang akan merugikan tamadun tersebut. Oleh itu, semua tamadun harus menilai semula kelemahan mereka dan cuba membina tamadun manusia atas dasar persaudaraan dan semangat kekitaan serta saling menghormati bahawa kita ‘manusia tidak boleh hidup bersendirian’.

 

Aktiviti 2.2
Soalan kepada aktiviti 2.2 Cadangan jawapan untuk aktiviti 2.2