127 4.2 Institusi perundangan dan kehakiman

Objektif

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Membezakan konsep, prinsip dan falsafah perundangan Islam.

2. Mengenal pasti sumber-sumber perundangan Islam yang terbahagi kepada sumber primer dan sumber sekunder.

3. Menerangkan hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir.

4. Menyatakan prinsip, matlamat dan asas institusi kehakiman dalam Islam.

5. Menyenaraikan mazhab muktabar dan membincangkan prinsip dan konsep pemikiran mazhab.

 

Pengenalan

Dalam bab ini, anda akan mengenali institusi perundangan dan kehakiman dalam Islam. Apabila anda mempelajari institusi perundangan Islam, anda akan mengetahui tentang konsep, prinsip dan falsafah perundangan Islam. Selain itu, anda juga berpeluang mengenal pasti peranan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan dalam perundangan Islam. Topik ini juga akan menjelaskan klasifikasi hukum seperti hukum hudud, qisas dan ta’zir.

Seterusnya, anda akan dapat mengetahui institusi kehakiman dari segi konsep, prinsip dan tugas dan peranan seseorang hakim. Anda juga dapat mengenali jenis mazhab dalam Islam khususnya mazhab muktabar dalam Islam.

Comments are closed.