125 Institusi pemerintahan dan pentadbiran Islam

Institusi pemerintahan dan pentadbiran Islam

Institusi pemerintahan dan pentadbiran Islam meliputi:

 

Institusi khilafah

Khilafah dari segi bahasa bermaksud penggantian. Manakala, institusi khilafah bermaksud institusi pemerintahan dan pentadbiran yang menggantikan Rasulullah s.a.w. dalam melaksanakan tanggungjawab agama, menyeru kepada kebaikan dan melaksanakan syariah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya di atas muka bumi. Orang yang menduduki institusi khilafah ini dikenali sebagai khalifah yang bermaksud pengganti.

Dari segi falsafahnya, institusi khilafah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama seperti tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Perbezaan tunggal antara kerasulan dan kekhilafahan hanyalah para rasul menerima wahyu daripada Allah s.w.t. sedangkan para khalifah tidak menerima wahyu. Namun begitu, oleh kerana mereka terdiri daripada orang yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. semasa hayat Baginda, maka mereka berupaya memahami segala rahsia-rahsia syariat dan falsafah pemerintahan Islam dan mampu memerintah dan mentadbir masyarakat seperti yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya. Sekalipun para khalifah dianggap sebagai para pengganti Rasulullah, mereka tidak dianggap sebagai orang yang boleh mengatasi undang-undang dan tidak boleh ditegur. Mereka juga tertakluk kepada sistem undang-undang yang sama seperti yang dikenakan ke atas rakyat biasa. Mereka mestilah ditegur dan diperbetulkan jika mereka melakukan kesalahan.

Dalam sejarah Islam, khalifah yang paling utama ialah para khalifah yang kenali sebagai al-Khulafa’ al-Rasyidin, iaitu para khalifah yang sentiasa berada di atas kebenaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Al-Khulafa’ al-Rasyidin terdiri daripada empat orang khalifah iaitu Abu Bakar r.a., Umar r.a., ‘Uthman r.a. dan Ali r.a. Para Khulafa’ al-Rasyidin ini dilantik sama ada mengikut persetujuan orang ramai atau secara cadangan oleh khalifah sebelumnya atau secara syura. Selepas zaman pemerintahan empat orang Khulafa’ al-Rasyidin ini, muncul pula para khalifah yang dilantik berdasarkan pewarisan seperti yang berlaku pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

 

Institusi imamah

Pasti anda belum pernah mendengar konsep imamah dan memahami ertinya. Imamah bererti kepemimpinan. Dengan itu, institusi imamah merupakan institusi kepemimpinan dan orang yang memimpin dikenali sebagai imam. Dalam Islam, terdapat beberapa peringkat imamah khususnya imamah dalam sembahyang dan imamah dalam pemerintahan. Walaupun kedua-duanya berbeza dari segi keluasan dan skop maknanya, namun kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi falsafah dan ciri-ciri.

Dari segi falsafahnya, kedua-dua peringkat imamah ini bertujuan untuk memastikan sesebuah masyarakat atau organisasi dapat berjalan dengan teratur, berkesan dan mencapai matlamat unggul iaitu keredaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Seseorang imam baik dalam sembahyang mahupun dalam pemerintahan bertanggungjawab memastikan makmum dan pengikutnya dapat menunaikan kewajipan masing-masing kepada Allah s.w.t. secara yang terbaik seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Oleh itu, anda sebagai ahli masyarakat perlu memilih orang yang layak menjadi imam dalam sembahyang mahupun pemerintahan.

 

Institusi imarah

Secara umumnya, imarah bererti kerajaan. Manakala orang yang menduduki tempat imarah itu pula dikenali sebagai amir atau raja. Dari segi konsepnya, institusi imarah lebih umum daripada institusi khilafah dan institusi imamah. Ini kerana imarah bererti mentadbir urusan ahli masyarakat secara adil seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Namun, dalam pengertian yang khusus, institusi imarah lebih merujuk kepada sistem pemerintahan beraja. Dalam sejarah, institusi imarah biasanya berdasarkan sistem kekeluargaan iaitu jawatan amir diwarisi secara pusaka daripada ayah kepada anak dan seterusnya.

Menurut Islam, jika pemerintahan berdasarkan institusi beraja ini dapat dijalankan dengan baik dan licin serta mampu menjamin keadilan dan kebajikan kepada masyarakat, maka Islam tetap mengiktirafnya. Dalam sejarah Islam, sistem imarah pernah berlaku terutamanya dalam zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan beberapa kerajaan Islam di India dan Asia Tenggara. Kaedah pemilihan amir yang berlaku pada zaman kerajaan-kerajaan tersebut ialah secara pewarisan dan kekeluargaan. Namun begitu, sistem beraja ini mestilah juga tunduk kepada prinsip-prinsip pemerintahan Islam. Raja tidak sama sekali mengatasi undang-undang. Dia juga tunduk kepada undang-undang dan hukuman yang sama seperti yang dikenakan kepada rakyat jelata. Selain itu, raja juga tidak sama sekali memiliki kuasa mutlak sehingga tidak boleh ditegur dan dibantah. Raja adalah manusia biasa yang dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah melaksanakan perintah Allah di muka bumi secara adil dan saksama.

Rujukan Web
Sila layari laman web berikut untuk menambahkan maklumat anda mengenai institusi pemerintahan dan pentadbiran Islam.

1. http://islam1.org/khutub/Khilafah.htm

2. http://id.wikipedia.org/wiki/Khilafah

 
 
 

Aktiviti 4.4
Soalan kepada aktiviti 4.4 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.4

 

 

 

 

 

 

Majlis syura

 

Aktiviti 4.5
Soalan kepada aktiviti 4.5 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.5

 

 

 

 

 

Contohnya, urusan memilih penempatan tentera Muslim dalam perang Badar pada tahun 2H. Rasulullah s.a.w. yang mengetuai pasukan tentera Muslim telah memilih satu tempat tertentu. Baginda kemudiannya ditanya oleh sahabat yang bernama al-Hubbab bin al-Mundir: “Adakah pemilihan tempat ini kerana ada wahyu menerangkan mengenainya ataupun semata-mata kerana strategi dan muslihat peperangan?”. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Ia hanyalah strategi peperangan”. Oleh itu al-Hubbab mencadangkan agar dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai. Cadangan tersebut diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana hujah yang diberikan memang bersesuaian. Ini bermakna Nabi Muhammad s.a.w. telah mendapat pandangan daripada orang lain dalam memilih tempat untuk penempatan tentera Muslim. Tinjauan pandangan orang lain ini dinamakan syura.

Aktiviti 4.6
Soalan kepada aktiviti 4.6 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.6

 

 

 

 

 

 

Hisbah dalam pentadbiran Islam

 

Aktiviti 4.7
Soalan kepada aktiviti 4.7 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.7