100 3.2 Institusi keluarga dan masyarakat

Objektif

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pembentukan institusi keluarga dan masyarakat dalam Islam.

2. Mengaplikasikan konsep, falsafah, peranan dan tanggungjawab keluarga dan masyarakat dalam Islam.

3. Mengenal pasti Islam dalam konteks masyarakat majmuk.

4. Memahami konsep masyarakat yang sempurna di dunia dan di akhirat menurut pandangan Islam.

 

Pengenalan

Dalam bab ini, anda akan mengenali dengan lebih dekat tentang institusi Islam khususnya institusi keluarga dan masyarakat dalam Islam. Institusi keluarga merupakan unit terkecil dalam masyarakat dan merupakan unsur penting dalam Islam. Kejayaan dan kegagalan sesuatu masyarakat bergantung kepada kejayaan dan kegagalan setiap institusi keluarga yang berada di dalamnya.

Dalam bab ini, anda akan mengetahui tentang falsafah, konsep, peranan, hak dan tanggungjawab keluarga dalam konteks Islam. Sama ada anda sudah berkeluarga ataupun tidak, namun yang pasti anda perlu tahu tentang hal-hal berkaitan keluarga kerana ia dapat membantu anda meningkatkan ilmu pengetahuan kekeluargaan.

Bab ini juga akan menjelaskan kepada anda pembinaan sesebuah masyarakat. Dalam topik ini, anda diperkenalkan tentang konsep, falsafah, peranan dan tanggungjawab ahli masyarakat. Selain itu, anda juga berpeluang memahami pandangan Islam tentang masyarakat majmuk serta menyedari bahawa Islam menyeru ke arah pembinaan masyarakat pertengahan yang terbaik.