92 3.1 Institusi ibadat

Objektif

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan makna ibadat yang sebenar.

2. Mengenal pasti skop ibadat dalam konteks yang luas.

3. Mengaplikasikan keistimewaan dan hikmah ibadat.

 

Pengenalan

Dalam bab ini, anda akan didedahkan kepada konsep ibadat yang sebenar. Konsep yang sering disalah fahami ialah ibadat hanya bersifat ritual semata-mata, walhal ibadat itu merangkumi seluruh hidup seseorang Muslim dan mempengaruhi setiap hidup manusia.

Anda juga akan mengetahui bahawa ibadat dalam Islam akan memberi ruang dan peluang agar manusia akan sentiasa dekat dengan Allah s.w.t. Malah uniknya ibadat dalam Islam ialah setiap amalan yang bertujuan mencari keredaan Allah s.w.t. dikira sebagai ibadat dan ia mempunyai nikmatnya yang tersendiri dan hanya mereka yang melakukannya akan merasai nikmat tersebut. Rebutlah peluang ini untuk mengabdikan diri kepada Allah, semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.

Comments are closed.