25 Ijtihad

Ijtihad

Ijtihad ialah kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh para ulamak (mujtahid) dalam menentukan kedudukan sesuatu perkara dari segi syarak. Kalau dalam bahasa moden kita boleh anggap sebagai usaha penyelidikan dan pembangunan dalam memahami sesuatu isu yang berkaitan hukum-hakam Islam. Namun mujtahid yang berijtihad harus mematuhi syarat-syaratnya iaitu beragama Islam, pakar al-Qur’an dan al-Sunnah dari segi hafalan, pemahaman dan penghayatan serta menguasai pelbagai ilmu agama dan semasa.

Seterusnya, ijtihad adalah satu usaha murni dan gigih oleh para ulamak untuk menyelidik dan menentukan hukum berdasarkan kebijaksanaan, kemahiran dan kecerdasan akal fikiran manusia. Walaupun para ulamak diberi ruang dan kebebasan untuk mengeluarkan ijtihad namun mereka wajib menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai rujukan utama. Sebarang hukum hasil daripada ijtihad yang bertentangan dengan dasar dan prinsip al-Qur’an dan al-Sunnah adalah ditolak dan tidak diterima sebagai ijtihad.

Sejarah amalan ijtihad telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan ia boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti qiyas, maslahah mursalah, sadd al-dhara’i, istishab, istihsan dan lain-lain.

Comments are closed.