130 Falsafah perundangan Islam

Falsafah perundangan Islam

Tahukah anda matlamat asas perundangan Islam? Matlamat asas perundangan Islam adalah untuk memelihara dan menjaga lima perkara dasar dalam kehidupan manusia iaitu:

Perlaksanaan sistem perundangan Islam tidak membebankan penganutnya, malah ia sesuai dipraktikkan sepanjang zaman. Hal ini kerana dalam perlaksanaannya, syariah Islam sangat mengambil kira keupayaan dan kemampuan manusia. Anda dapat lihat buktinya seperti berikut:

1. Tidak membebankan: Undang-undang Islam bertujuan memberi kemudahan dan kesenangan untuk umat Islam, baik dalam bidang ibadat, muamalat mahupun jenayah. Semasa melaksanakan hukum hudud, pesalah tidak dikenakan hukuman jika terdapat sedikit keraguan.

2. Perlaksanaan  secara  beransur-ansur: Hukum-hakam Allah s.w.t. diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Hal ini jelas kerana penurunan al-Qur’an sendiri dilakukan secara beransur-ansur. Contohnya, pengharaman arak yang pada awalnya hanya diharamkan pada waktu sembahyang dan kemudiannya barulah diharamkan secara mutlak.

3. Melaksanakan keadilan mutlak: Undang-undang Islam menjamin keadilan mutlak untuk seluruh masyarakat tanpa memilih perbezaan warna kulit, darjat, kekayaan dan sebagainya. Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang dan tiada sesiapa pun kebal di sisi undang-undang Allah s.w.t.

4. Menyeru  kebaikan  dan mencegah  kemungkaran: Untuk mengatur hidup manusia atas asas makruf dan mengenepikan mungkar. Istilah “makruf ” bererti segala nilai luhur dan sifat baik yang selalunya diterima oleh naluri manusia sebagai baik, manakala istilah “mungkar” bererti segala macam dosa dan kejahatan yang selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat. Makruf sentiasa serasi dngan tabii dan sesuai dengan keperluan manusia manakala mungkar adalah sebaliknya.