159 5.3 Cabaran semasa

Objektif

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam kini.

2. Menyatakan peranan masyarakat Islam dalam menghadapi cabaran tersebut.

3. Menganalisis langkah-langkah baru dalam menangani masalah sosial.

 

Pengenalan

Sehingga kini anda telah faham bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang tersendiri dan berbeza daripada cara hidup menurut agama dan tradisi manusia yang lain. Namun begitu, dalam dunia moden hari ini, cara hidup Islam telah dihujani dengan pelbagai cabaran dan ancaman yang sangat getir. Antara cabaran sengit yang dihadapi oleh Islam dan masyarakat Islam hari ini ialah cabaran keruntuhan moral, eksploitasi dan kemusnahan alam sekitar, sains, teknologi dan ICT, salah faham terhadap Islam, perpecahan ummah dan hubungan dengan masyarakat dari kepercayaan lain. Bab ini akan membincangkan cabaran-cabaran tersebut menurut perspektif Islam.