103 Asas-asas perkahwinan

Asas-asas perkahwinan

Memandangkan perkahwinan adalah suatu ibadat dalam Islam, maka perkahwinan diasaskan kepada beberapa dasar. Antaranya ialah seperti berikut:

 

1. Takwa: Asas utama perkahwinan dalam Islam adalah untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Apabila seseorang Muslim berkahwin, maka dia menurut perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabda Baginda:

Bahawa pernikahan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka sunnahku maka dia bukanlah daripada golongan umatku.

(HR. Ibnu Jauzi)

2. Kasih-sayang (al-Mawaddah): Perkahwinan dalam Islam dibina atas dasar kasih sayang dan cinta. Perasaan kasih sayang dan cinta adalah anugerah daripada Allah s.w.t. kepada suami isteri yang harus disyukuri dengan tunduk dan patuh kepada syariah Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan daripada tanda kekuasaan-Nya bahawa Dia telah menciptakan bagi kamu daripada diri kamu jodoh supaya mereka bersenang-lenang dengannya dan Dia menjadikan antara kamu kecintaan dan kasih sayang sesungguhnya keadaan itu adalah sebagai tanda (Kekuasaan-Nya) bagi kaum yang mahu berfikir.

(Surah al-Rum: 21)

3. Al-Rahmah: Sifat bertimbang rasa dan tolong-menolong adalah asas dalam pembinaan keluarga melalui perkahwinan. Maka suami isteri harus banyak bertolak-ansur dan membina keluarga yang harmoni kerana hubungan kekeluargaan adalah satu rahmat daripada Allah s.w.t. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

Sebaik-baik kamu adalah paling baik terhadap isteri dan aku adalah orang yang teramat baik sekali kepada isteriku.

(HR. Ibn Majah)

Oleh itu jelas bahawa dalam mendirikan rumah tangga, Islam telah menggariskan matlamat dan dasar-dasar yang jelas agar menjadi panduan dalam membina institusi keluarga.

Aktiviti 3.5
Soalan kepada aktiviti 3.5 Cadangan jawapan untuk aktiviti 3.5

Comments are closed.