23 Al- Hadith (Al-Sunnah)

Al-Hadith (Al-Sunnah)

Sumber ajaran Islam yang kedua ialah al-Hadith. Al-Hadith berasal daripada perkataan hadatha yang bererti percakapan, bahasa dan perkhabaran. Al-Hadith daripada segi istilah pula ialah perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah s.a.w. Manakala al-Sunnah adalah segala perbuatan, pengakuan, akhlak dan sirah junjungan Nabi Muhamad s.a.w. Para ulamak hadis bagaimanapun telah menyatakan bahawa al-Hadith dan al-Sunnah adalah dua perkataan yang boleh digunakan dan difahami bagi merujuk kepada satu perkara yang sama.

Al-Sunnah atau al-Hadith boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

 

Tegasnya, al-Hadith memainkan peranan yang penting sebagai sumber ajaran Islam khususnya dalam usaha memperincikan, memperkuat, menjelaskan dan mempermudahkan pemahaman al-Qur’an. Hubungan al-Hadith dan al-Quran amat rapat kerana kedua-duanya berasaskan sumber yang sama iaitu wahyu Allah.

Oleh itu adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk mematuhi semua perintah Rasulullah s.a.w. sesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya.

(Surah al-Imran: 132)

Comments are closed.