111 Adab dalam pengajaran dan pembelajaran

Adab dalam pengajaran dan pembelajaran

Seperti yang difahami dari segi pengertian, falsafah dan tujuannya, pendidikan Islam bukanlah sekadar proses pemindahan maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain. Ia merupakan satu proses penyampaian ilmu untuk mendidik dan membangunkan potensi jasmani, rohani dan intelek manusia bagi melaksanakan tanggungjawabnya di alam ini. Dengan itu, proses ini perlulah dilakukan dengan penuh adab dan ketertibannya bagi menjamin keberkatan dan keberkesanan tujuan tersebut.

Antara adab yang dianjurkan dalam tradisi keilmuan dalam Islam ialah adab antara guru, murid dan ibu bapa.

 

Adab perhubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa

1. Pelajar menghormati guru dan ibu bapa

Pelajar hendaklah menghormati dan memuliakan gurunya kerana guru telah memberinya ilmu pengetahuan. Malahan, keberkatan ilmu yang diperoleh tertakluk kepada penghormatan pelajar kepada gurunya. Menghormati guru juga bermaksud seorang pelajar tidak wajar bersikap sombong dengan ilmu yang dimilikinya serta tidak menentang gurunya. Di samping itu, pelajar juga hendaklah menghormati ibu bapa kerana kewujudan ibu bapalah yang menyebabkan anak-anak itu melihat dunia pada hari ini.

 

2. Menjalin hubungan baik

Pelajar perlu menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa dan guru. Begitu juga guru perlu menjalin hubungan baik dengan pelajar dan ibu bapa. Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu menjalin hubungan yang baik dengan pelajar dan guru anak-anak mereka.

 

3. Mempunyai rasa belas kasihan

Guru hendaklah mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar. Perasaan ini secara tidak langsung akan mendorong guru untuk memperlakukan pelajarnya seperti anaknya sendiri.

 

4.  Bertanya dengan hormat

Dalam mempelajari suatu ilmu, tidak semua pelajar boleh memahami sesuatu penjelasan guru dengan cepat. Bagi pelajar yang lambat memahami sesuatu, mereka akan bertanya kepada guru. Namun, pelajar juga tidak sewajarnya bertanya sesuatu soalan semata-mata untuk menguji pengetahuan guru tersebut.

 

Aktiviti 3.12
Soalan kepada aktiviti 3.12 Cadangan jawapan untuk aktiviti 3.12