132 Sumber-sumber utama perundangan Islam

Sumber-sumber utama perundangan Islam

Pada asasnya, sumber-sumber perundangan Islam terbahagi kepada dua. Kita akan mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai sumber-sumber ini dalam bahagian yang seterusnya.

 

Sumber primer perundangan Islam

 

1. Al-Qur’an

Al-Qur’an merupakan sumber utama perundangan Islam. Keaslian yang ada pada al-Qur’an tetap terjamin. Oleh kerana syariah Islam bersumberkan al-Qur’an, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Al-Qur’an masih sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana isi kandungannya yang lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains.

Al-Qur’an mempunyai 114 surah dan jumlah ayatnya sebanyak 6,236 ayat. Daripada jumlah ayat tersebut, lebih kurang 500 ayat sahaja yang berhubung dengan perundangan dan selebihnya menjelaskan tentang akidah dan pembentukan akhlak. Dalam kebanyakkan aspek perundangan, al-Qur’an didatangkan dengan nas secara prinsip-prinsip umum dan kaedah kulliyah supaya hukum-hukumnya dapat diperkembangkan.

 

2. Al-Sunnah

Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.aw. sama ada perkataan (qawl), perbuatan (fi’il), pengakuan (taqrir), sifat kejadian dan riwayat hidup Baginda, sebelum dan sesudah Baginda dilantik menjadi Rasul. Al-Sunnah diriwayatkan daripada para sahabat, tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh para ulamak pengumpul hadis. Al-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Perbezaan antara wahyu al-Qur’an dan wahyu al-Sunnah ialah al-Qur’an diwahyukan oleh Allah s.w.t. secara menyeluruh meliputi lafaz dan maknanya, manakala al-Sunnah pula diwahyukan oleh Allah dalam bentuk maknanya sahaja, dan lafaznya datang daripada Rasulullah s.a.w.

Contoh:

Umat Islam bersepakat bahawa selain al-Qur’an, al-Sunnah juga menjadi sumber syariah termasuk dalam aspek perundangan. Buktinya ialah apabila Rasulullah s.a.w. mengirim Mu’az ibn Jabal ke Yaman sebagai Gabenor, Rasulullah s.a.w. menguji Mu’az tentang sumber rujukannya apabila menghadapi sesuatu masalah perundangan. Mu’az menjawab bahawa beliau akan merujuk kepada al-Qur’an, al-Sunnah dan berijtihad jika tiada nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Lantas Rasulullah s.a.w. memuji Mu’az atas jawapannya itu.

Walaupun wahyu al-Qur’an sudah lengkap dan sempurna, namun manusia masih memerlukan al-Sunnah sebagai panduan hidup mereka. Ini kerana al-Sunnah memainkan beberapa peranan penting di samping al-Qur’an.

Antara peranan tersebut ialah:

Ini bermakna al-Sunnah merupakan sumber yang amat penting bagi umat Islam. Mereka mesti sentiasa merujuk kepada al-Sunnah dalam menghadapi sebarang masalah hidup sama seperti mereka merujuk kepada al-Qur’an. Ini kerana kedua-duanya saling bergantungan dan tidak dapat dipisahkan sama sekali.

Aktiviti 4.8
Soalan kepada aktiviti 4.8 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.8

 

 

 

 

 

 

Sumber sekunder perundangan Islam

 

1. Ijmak

Al-Ijmak bererti kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid pada suatu masa tertentu selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. mengenai sesuatu hukum syariah. Ini bermakna apabila para ulamak bersepakat tentang sesuatu hukum syariah, iaitu sama ada wajib atau haram atau sunat atau makruh atau harus, maka ia menjadi ijmak. Apabila sesuatu hukum telah dicapai secara ijmak, maka wajib bagi anda selepas itu mentaati hukum tersebut.

Berikut merupakan bahagian-bahagian ijmak:

Terdapat juga beberapa jenis ijmak iaitu:

Ijmak dianggap sebagai satu dari sumber perundangan Islam kerana kebenarannya sangat dipercayai. Ini kerana para ulamak yang beriman lagi bertakwa tidak mungkin bersepakat dalam sesuatu perkara yang salah dan berdosa. Mereka sentiasa berusaha sedaya upaya menentang sebarang kesalahan dan dosa kepada Allah s.w.t. Dengan itu, jika mereka bersetuju dan bersepakat dalam sesuatu perkara, ia menandakan bahawa perkara yang disepakati itu adalah benar dan tepat seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Dengan itu, seluruh umat Islam perlu meyakini persetujuan para ulamak dalam menentukan sesuatu hukum termasuk dalam bidang perundangan.

 

2. Al-Ijtihad

Ijtihad bermaksud usaha yang tekun dan teliti yang dilakukan oleh seseorang mujtahid bagi mendapat dan menentukan sesuatu hukum syarak yang amali melalui proses istinbat. Tahukah anda makna istinbat? Istinbat bermaksud memahami, berfikir dan melakukan kajian. Seseorang layak melakukan ijtihad disebut sebagai mujtahid. Seseorang yang telah sampai taraf mujtahid tidak boleh hanya mengikut pendapat orang lain tanpa melakukan ijtihadnya sendiri.

Tidak semua hukum atau masalah boleh ditentukan hukumnya melalui ijtihad. Hanya masalah yang hukumnya tidak dinyatakan oleh nas secara pasti sahaja yang boleh diijtihadkan. Bagi masalah yang hukumnya telah dinyatakan oleh nas yang pasti, maka penentuan hukum itu tidak lagi dibolehkan berijtihad.

Aktiviti 4.9
Soalan kepada aktiviti 4.9
Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.9

 

 

 

 

 

 

 

Dalam perundangan Islam, ijtihad boleh berlaku dalam banyak kaedah dan bentuk.

Antaranya melalui:

Anda perlu juga mengetahui mengapa ijtihad penting. Ijtihad penting kerana ia merupakan satu mekanisme penentuan hukum memandangkan terlalu banyak perkara baru yang muncul dalam pelbagai bidang hidup manusia seperti ekonomi, politik, sosial, kesihatan dan perubatan, sains dan teknologi dan sebagainya.

Sebahagian besar perkara-perkara ini tidak muncul pada masa al-Qur’an diwahyukan atau pada masa kehidupan Rasulullah s.a.w. Dengan itu, hukum mengenai perkaraperkara baru ini tidak dinyatakan dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Untuk mengetahui hukum bagi setiap perkara tersebut, maka mekanisme ijtihad perlulah dimanfaatkan. Penentuan hukum secara ijtihad bagi perkara-perkara baru ini sangat perlu supaya umat Islam dapat turut serta dalam perkara yang dibolehkan dan menghindarkan diri daripada perkara yang tidak dibolehkan. Oleh itu, ijtihad memungkinkan umat Islam turut serta dalam kemajuan dunia hari ini dan tidak ketinggalan di belakang orang lain, semata-mata kerana ketiadaan hukum yang jelas bagi perkara-perkara baru tersebut.

 

Rujukan Web
Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut mengenai sistem perundangan Islam.

http://www.unitagamakmb.com/sumber_syariah.htm

 

Comments are closed.