138 Falsafah ekonomi dan kewangan Islam

Falsafah ekonomi dan kewangan Islam

Dalam falsafah ekonomi Islam, tauhid memainkan peranan utama iaitu untuk menganjurkan kesatuan dalam ilmu pengetahuan untuk mendidik manusia kerana semua kejadian di dunia ini saling memerlukan dan mempunyai matlamat yang satu, iaitu mencapai kebahagiaan hidup sa’adah. Penekanan harus diberikan lebih kepada dimensi kerohanian tanpa menyisihkan dimensi kebendaan. Dengan itu penghayatan nilai etika dan akhlak Islam hendaklah disertakan dalam semua urusan dan operasi ekonomi. Penggunaan sumber-sumber mestilah secekap mungkin, tidak membazir dan memperhitungkan akibat daripada penggunaan sumber-sumber tersebut supaya kebajikan semua pihak dapat dipelihara.

Maka natijah daripada kefahaman konsep dan pelaksanaan tauhid dalam sesebuah sistem ekonomi itu ialah lahirnya masyarakat yang mempunyai satu matlamat yang jelas dalam urusan perekonomian, iaitu ke arah usaha mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan bukan ke arah menyaingi orang lain untuk kepentingan diri.

 

Aktiviti 4.14
Soalan kepada aktiviti 4.14 Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.14

 

Comments are closed.